Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

18,000 Pekerjaan Menerusi Tok...

PASIR PUTEH - Sebanyak 18,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi pembangunan projek Tok...

Peguam Ke London Tak...

KUCHING - Keputusan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti ...

Abe Kekalkan Jawatan PM...

TOKYO – Perdana Menteri, Shinzo Abe menang selesa dalam pemilihan parti yang dipimpinnya...

Paip PVC Sangkut Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun menanggung azab selama...

Fadillah Yusof Disahkan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata, Fadillah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan itu, Fadillah sebelum ini sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. 

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terbabit,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu menyebut Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tidak mempunyai sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Kategori