Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

How to Edit a...

The sort of essay you opt for is going to depend on your...

“Along Halau Saya Keluar”...

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along...

Lelaki ‘Pujaan’ Britney Akhirnya...

Phil Lupton, 46, hanya lelaki biasa sebelum ini namun dia menjadi sensasi internet...

Halimah Yacob Buat Persiapan...

SINGAPURA - Halimah Yacob hari ini meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura  dan Anggota Parlimen untuk...

Fasa Ketiga PICK Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini kawasan ibu negara akan laksanakan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat memandangkan warga emas yang sudah berdaftar didapati 99 peratus sama ada sudah menerima dos pertama vaksin atau pun sudah menerima janji temu vaksin.

Beliau berkata, sudah mengarahkan supaya memulakan Fasa 3 vaksinasi di Kuala Lumpur hari ini tanpa perlu menunggu 100 peratus didaftar sebelum ini semuanya disuntik.

“Di mana-mana negeri yang mana kita sudah melihat jumlah warga emas sudah mencapai hampir 90 peratus yang sama ada sudah terima suntikan atau pun dah terima janji temu, kita akan buka Fasa 3. Di Selangor sudah mencapai 88 peratus.

“Secara keseluruhan data setakat 18 Jun 2021, pendaftaran vaksinasi bagi warga emas berusia lebih 60 tahun adalah seramai 2.6 juta orang iaitu 77 peratus dari jumlah populasi berumur atas 60 tahun,” katanya pada sidang media maya menerusi aplikasi Zoom, semalam.

Sidang media itu berhubung Pelan Pemulihan Negara – vaksinasi kunci kepada pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, disertai bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sementara itu, mengapa kadar suntikan vaksin menurun pada hari tertentu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berkata, ini kerana ada pusat pemberian vaksin (PPV) yang cuti rehat sehari.

“Tetapi mereka sudah memberi jaminan kepada saya apabila bekalan vaksin ditambah mereka bersedia untuk beroperasi tujuh hari seminggu.


“Jadi, kita melihat sedikit drop (jumlah suntikan vaksin menurun) disebabkan ada beberapa PPV yang mengambil satu hari rehat.

“Saya rasa buat masa ini masih lagi boleh diterima. Tetapi apabila bekalan vaksin meningkat dan kapasiti pemberian perlu dipertingkatkan, kita akan minta untuk mereka beroperasi tujuh hari seminggu,” katanya.

Buat masa ini, katanya, beberapa PPV akan mengambil cuti sehari pada hari yang berbeza contohnya hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad.

“Ada negeri tidak bekerja pada hari Jumaat, ada yang buat keputusan pada hari Sabtu dan ada buat keputusan rehat hari Ahad,” katanya.

Berkenaan sama ada pandemik ini adalah endemik berterusan yang memerlukan suntikan tambahan lagi untuk tahun mendatang, katanya, perkara itu masih lagi dalam perhatian. – myMetro Online

Kategori