Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jom Saksikan Gerhana Bulan...

KALI terakhir rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan tiga fenomena alam secara serentak yang berlaku...

Piala AFF: Vietnam Belum...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Vietnam, Toshiya Miura anggap kemenangan tipis ke...

MASOC Lanjut Tarikh Tutup...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) hari ini melanjutkan tarikh tutup pendaftaran...

Pengawal Keselamatan Dipenjara, Curi...

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang mencuri enam tin arak di sebuah...

Golongan M40 Diabaikan – Najib

Dari Facebook Najib Razak

SEMALAM, saya pertikaikan kenapa bantuan dalam pakej PEMERKASA+ bagi golongan M40 untuk menghadapi “Total” Lockdown fasa satu 14 hari dan fasa dua 1 bulan langsung tiada.

Adakah Covid tak jangkit golongan M40 ataupun golongan M40 tidak terkesan dalam tempoh Total lockdown 1 1/2 bulan akan datang?

Hari ini, kita kaji pula bantuan bagi golongan B40.

Bantuan tunai BPR (bayar akhir bulan Jun):

  • Isi rumah pendapatan <RM2,500: RM500
  • Isi rumah pendapatan RM2,501-RM5,000: RM300
  • Bujang <RM2,500: RM100

Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) bagi perniagaan kecil/sederhana (bayar bulan Julai)

  • RM500 tapi penerima GKP tidak lagi layak terima BPR.

Moratorium pinjaman: kena mohon tapi faedah tak dikecualikan
i-Sinar 2.0: Tiada.
i-Lestari 2.0: Tiada.
Diskaun elektrik: 0.00%
Astro percuma: Tiada
Moratorium PTPTN: Tiada

Adakah bantuan RM500 bagi sebuah keluarga B40 dengan sekurang-kurangnya 3 ahli keluarga yang dibayar hanya pada akhir bulan Jun cukup untuk menghadapi tempoh lockdown 1 1/2 bulan lamanya?

Adakah bantuan hanya RM100 yang dibayar setelah lockdown berlangsung 1 bulan cukup untuk orang bujang?

Lebih-lebih lagi, bantuan ini adalah setelah mereka menghadapi PKP 2.O+PKP 3.0/3.1 selama 5 bulan dan kini perlu menghadapi lockdown 1 1/2 bulan lagi.

Bagaimana pula dengan tambahan bayaran RM500 kepada penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang hanya dibayar pada bulan Julai?

Seperti yang saya ulas hari itu, langkah kerajaan untuk tolak bayaran BPR bagi penerima GKP adalah tidak wajar dan tidak patut.

Sebab mereka yang layak untuk menerima GKP juga perlu menanggung kerugian bisness seperti masih perlu membayar sewa atau barang mentah yang terpaksa dibuang akibat tiba-tiba dilarang untuk berniaga.

Kerugian ini tidak perlu ditanggung oleh penerima BPR yang tak layak GKP.

Sebab itu, ianya tak wajar untuk memutuskan bahawa penerima GKP tidak layak untuk menerima BPR.


Mengikut data kerajaan, jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memberi bantuan BPR di atas itu cuma RM2.1 bilion sahaja sedangkan kerajaan sudah pinjam lebih RM100 bilion dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini.

Jika kerajaan PN tak mahu agihkan lebih banyak peruntukan dari RM100 bilion dipinjam ini kepada penerima BPR, maka kerajaan bolehlah korek lagi tabung KWAN dibina dan dinaikkan dari RM4 bilion ke RM17 bilion pada akhir tahun 2017 semasa saya PM.

Bulan April lalu, kerajaan PN keluarkan Ordinan Darurat untuk korek RM5 bilion dari tabung KWAN untuk elak pinjam lagi.

Dikatakan untuk biayai keseluruhan kos program vaksinasi negara biarpun perbelanjaan ini sepatutnya sudah diperuntukan dalam bajet 2021 yang diluluskan kami.

Tak apa.

Korek lagi RM4.2 bilion dari tahun KWAN supaya jumlah bantuan BPR naik dari RM2.1 bilion ke RM6.3 bilion untuk naikkan jumlah bayaran BPR.

RM300 ke RM500 jadi RM900 ke RM1,500 bagi keluarga B40.

RM100 bagi bujang jadi RM300.

Jumlah ini lebih bermakna untuk golongan B40 bagi menghadapi TOTAL lockdown selama 1 1/2 bulan.

Perlu ingat bahawa masa sebelum ada Covid pun dan ekonomi mantap, kerajaan BN dahulu pun mampu bayar RM1,200 ke RM2,000 (seperti janji manifesto) bagi isi rumah golongan B40 dan M40 serta RM450 ke RM600 bagi orang bujang.

Maka, silalah korek KWAN lagi sebab golongan B40 dan M40 masa pandemik dan total lockdown ini lebih memerlukan bantuan sekarang.

BN akan bina semula tabung KWAN ini pada masa depan.

Kategori