Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rakyat Dirayu Amalkan ‘Self...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali...

Penganggur Dilepas & Dibebaskan...

PETALING JAYA - Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini,...

Polis Selamatkan 26 Mangsa...

BUKIT MERTAJAM - Polis menyelamatkan 26 wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan...

Perancis Periksa Kanak-kanak Tidak...

PARIS: Kesatuan sekerja dan kumpulan antiperkauman mengkritik inisiatif Kementerian Dalam Negeri Perancis memeriksa...

Hampir 1.5 Juta Rakyat Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 1,476,753 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Berdasarkan twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), seramai 3,642,195 individu pula menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 5,108,948 dos, setakat semalam.

Lima negeri yang menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 188,497, diikuti Sarawak (169,172), Johor (143,268), Perak (139,623) dan Kuala Lumpur (132,417).

Menurut ciapan twitter itu, menerusi bilangan dos pertama (3,632,195) berkenaan, ia mewakili 11.1 peratus populasi rakyat negara ini.

Sehingga semalam, sebanyak 13,837,410 individu sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.


Sementara itu, menurut laporan harian pemberian vaksin, sebanyak 204,838 dos suntikan selesai semalam, iaitu masing-masing-masing 196,775 dan 8,064 bagi suntikan pertama dan kedua. 

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu, membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU), manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. – BH Online

Kategori