Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

45  Guru Jadi Mangsa...

Kuantan : Sebanyak 45 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM1.2 juta direkodkan...

Gangguan Air : Hulu...

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti...

Perintah Gaji Minimum RM1,000...

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1...

Sarawak Nafi Tolak Pindaan...

MIRI - Sarawak tidak pernah menolak cadangan untuk meminda undang-undang had umur minimum...

Harga Makanan Dunia Tertinggi Dalam Sedekad

LONDON – Harga makanan global meneruskan kenaikan ke paras tertinggi dalam tempoh hampir sedekad, melonjakkan lagi kebimbangan mengenai perbelanjaan isi rumah yang tinggi ketika ekonomi sedang bergelut untuk mengatasi krisis COVID-19.

Indeks kos harga makanan dunia dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melonjak bulan ke-12 berturut-turut pada Mei, momentum paling lama dalam masa sedekad.

Kenaikan tidak terkawal itu meningkatkan risiko mempercepat inflasi lebih meluas, sekali gus menyukarkan usaha bank pusat untuk memberikan lebih banyak rangsangan.

Kemarau di Amerika Selatan menjejaskan tanaman daripada jagung dan kacang soya hinggalah kopi dan gula.

Pembelian paling tinggi dalam sejarah di China memburukkan lagi tekanan bekalan bijirin dan meningkatkan kos pengeluar ternakan global.

Harga minyak masak turut melonjak berikutan permintaan terhadap biofuel.

Kenaikan kos makanan mengingatkan kepada 2008 dan 2011, apabila lonjakannya menyebabkan rusuhan di lebih 30 negara.

“Kita hanya mempunyai ruang amat kecil untuk sebarang kejutan pengeluaran. Kita ada ruang sangat kecil untuk sebarang lonjakan permintaan yang tidak dijangka di mana-mana negara,” kata ahli ekonomi kanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Abdolreza Abbassian, menerusi telefon.


“Mana-mana perkembangan itu akan melonjakkan harga lebih tinggi berbanding sekarang dan kita perlu mula berasa bimbang.”

Kenaikan berpanjangan harga komoditi mula dirasai di rak-rak kedai, apabila beberapa negara dari Kenya hingga Mexico melaporkan kos barang makanan lebih tinggi.

Masalah itu akan menjadi lebih meruncing di negara bergantung import termiskin, yang mempunyai kuasa beli dan jaring keselamatan sosial terhad, pada ketika mereka berdepan dengan pandemik sedia ada.

Indeks PBB itu mencecah paras tertingginya sejak September 2011, melonjak hampir lima peratus bulan lalu.

Lima komponen indeks itu meningkat semasa bulan berkenaan, didahului oleh minyak sayuran, bijirin dan gula.

Indeks Spot Pertanian Bloomberg, yang mengukur harga daripada bijirin hingga gula dan kopi, melonjak 70 peratus sejak setahun lalu. – BH Online

Kategori