Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

10 Kolej Tingkatan 6...

KUALA BERANG - Sebanyak 10 Kolej Tingkatan Enam Mode 1 di seluruh Malaysia...

Sistem PRAB Akan Dilaksanakan...

DUNGUN - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar optimis terhadap sistem Program Ramalan dan...

Himpunan Gergasi Jentera Pemuda,...

KUALA LUMPUR - Satu himpunan gergasi peringkat nasional yang mengumpulkan jentera Pemuda dan...

Sistem e-PG Diperluas Ke...

PUTRAJAYA – Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG)...

Harga RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.65 kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Jun.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Kategori