Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Nafi Dakwaan Mahu...

KLUANG - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan...

Rakyat Faham GST Apabila...

CYBERJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin rakyat...

Panda Berusia 23 Tahun...

CHENGDU - Sekor panda gergasi berusia 23 tahun melahirkan anak kembar di pusat...

Kepala Rabak Dibelasah Penyamun...

KOTA TINGGI - Seorang tenaga pengajar sekolah memandu cedera di kepala apabila dipukul dengan...

Ibu Hamil Kongsi Pengalaman Divaksin

LENGGONG – Seorang wanita hamil yang juga rakyat Malaysia ketiga juta memperoleh vaksinasi COVID-19, kongsikan pengalamannya selepas menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Serbaguna Gerik, Hulu Perak, Sabtu lalu.

Nur Amalina Baharuddin, 27, tidak mengalami kesan sampingan selepas lebih 24 jam menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech,

Beliau hanya berasa sakit di bahagian bahu, namun tidak pening atau muntah, manakala kandungannya juga kekal aktif.

“Alhamdulillah selepas 24 jam menerima vaksin, saya berada dalam keadaan baik, begitu juga dengan bayi dalam kandungan. Saya tiada kesan sampingan seperti pening kepala atau muntah, malah kandungan juga aktif.

“Di sini (PPV), ada ramai doktor dan kita boleh bertanya apa saja soalan. Pihak kesihatan turut menyediakan doktor lebih arif untuk ibu hamil menerima vaksin,” katanya kepada Bernama, hari ini. 

Nur Amalina yang sarat mengandung tujuh bulan setengah, tidak menafikan berasa sedikit gementar pada awalnya untuk mendaftar sebagai penerima vaksin memandangkan dirinya sedang hamil.

Tambahan pula, katanya, tidak ramai wanita hamil yang telah divaksin, kongsikan kisah mereka.

Namun selepas banyak membaca serta mendapatkan nasihat doktor, beliau yakin untuk mendaftarkan diri dan menerima suntikan pertama.


“Demi menyelamatkan nyawa saya dan anak, inilah satu daripada cara saya berikhtiar sebab jika tidak divaksinasi, risiko jangkitan lebih tinggi. Vaksinasi adalah satu usaha untuk kita kembali kepada kehidupan normal.

“Jika diikutkan, saya mendaftar di Kuala Lumpur. Namun, saya pulang ke kampung di Lenggong selepas ditahan di wad kerana masalah kandungan bayi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan suami pula bekerja ‘offshore’,” katanya yang dijadualkan menerima suntikan kedua pada 3 Julai depan.

Nur Amalina yang bekerja sebagai pereka grafik memaklumkan selepas pulang ke Lenggong, beliau turut mendaftarkan diri di Klinik Kesihatan Lenggong dan mengisi borang diberikan ketua kampung kerana begitu bersemangat untuk menerima vaksin.

“Saya memang ingin sangat divaksin. Apabila saya menjadi orang ketiga juta menerima vaksin, saya sangat bersyukur kerana Allah tahu niat saya dan melihat usaha saya.

“Nasihat saya kepada semua, ambillah vaksin kerana vaksin banyak kebaikan. Kepada ibu hamil di luar sana, ambillah vaksin untuk kebaikan diri dan anak. Bukan saya kata ambil vaksin tidak akan dijangkiti COVID-19, namun kurang risiko jangkitan,” katanya.

Sebelum ini, Nur Amalina muncul individu ketiga juta menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di PPV Serbaguna Gerik, petang Sabtu lalu, dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menyatakan suntikan itu berjalan lancar. – BERNAMA

Kategori