Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

16 Maut Di Konsert...

KONSERT K-Pop kumpulan remaja terkenal Korea, 4 Minute di Seoul mengundang tragedi meragut...

Raja Bahrin, Ahmad Amzad...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim pada 14...

Ismail Sabri Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

“Iyalah, Saya Bukan Ada...

MESKIPUN memegang status ibu tunggal, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon, Rita Rudaini...

Imigresen Tumpaskan Sindiket Terbesar Pemalsuan Dokumen

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket terbesar pemalsuan dokumen kerajaan termasuk Imigresen dalam satu operasi khas di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata ia berikutan penahanan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai ‘Rockers’ berusia 38 tahun yang juga dalang sindiket pemalsuan pelbagai dokumen kerajaan. 

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat berdasarkan risikan dan maklumat selama empat bulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen. 

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat suspek berada di sekitar kawasan pusat beli belah Kota Raya, di sini, antara jam 3 hingga 6.45 petang pada Sabtu lalu, dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menyerahkan pasport.

Ketika serbuan dibuat, suspek sedang menunggu di dalam sebuah kereta.

“Hasil tangkapan suspek membawa pasukan operasi ke sebuah kondominium mewah di Bandar Tasik Selatan yang dijadikan sebagai markas operasi bagi mengeluarkan dan mencetak pelbagai dokumen palsu,” katanya pada sidang media sindiket pemalsuan dokumen kerajaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui satu komputer, sembilan mesin pencetak, dua mesin lamina, satu mesin ukiran nombor, tiga papan pemotong, satu mesin pengimbas dan beberapa peralatan lain. 

Pelbagai jenis dokumen palsu turut ditemui seperti i-kad palsu, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), pelbagai pasport negara, sijil perkahwinan serta sijil kelahiran Myanmar, lesen memandu antarabangsa, pasport asli India, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Khairul Dzaimee berkata, suspek menjalankan kegiatan secara bersendirian sejak empat tahun lalu dengan menyasarkan warga Bangladesh dan Myanmar menggunakan aplikasi WhatApps, Viber, Wechat dan Telegram untuk mencari pelanggan. 

Selain mengeluarkan pelbagai dokumen palsu, katanya, suspek juga mahir menghasilkan dokumen palsu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh meraih pendapatan serta hidup mewah dengan pendapatan sehingga RM18,000 sebulan termasuk menghantar wang ke negara asal berdasarkan resit yang ditemui. 


Beliau berkata, kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM300 hingga RM1,000 bagi sekeping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS); RM100 i-kad palsu; RM200 pakej cap keluar dan masuk pelbagai negara; RM500 pasport pelbagai negara; RM100 kad UNHCR; RM1, 000 kad kelahiran warga Myanmar serta sijil perkahwinan dan RM100 lesen memandu antarabangsa. 

“Imigresen turut merampas wang tunai berjumlah RM15,300 termasuk sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal jenis Yamaha milik suspek.

“Hasil tangkapan mendedahkan suspek turut menyewa sebuah kondomonium mewah lain berdekatan tempat operasi bagi mengelirukan pihak berkuasa untuk dijadikan sebagai tempat kediaman bersama isteri. 

“Suspek masuk ke negara ini pada 2016 sebagai pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dan berkahwin dengan rakyat tempatan dari Sarawak,” katanya. 

Khairul Dzaimee berkata, suspek dibawa ke pejabat Imigresen di Putrajaya bagi tujuan pemeriksaan COVID-19 dan ditahan selama 14 hari di depoh Putrajaya, manakala isteri suspek akan ditahan kerana disyaki bersubahat menjalankan kegiatan secara haram. 

Suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55(D) Akta Imigresen 1956/63 iaitu membuat, memalsukan atau meminda suatu pengendorsan atau dokumen untuk dijadikan sebagai visa, permit, pas atau kelayakan bawah akta dan sabit kesalahan dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan penjara tidak kurang lima tahun tidak lebih 10 tahun termasuk hukuman sebat tidak lebih enam sebatan. 

Katanya, selepas proses undang-undang selesai suspek akan diarah pulang ke negara asal dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama-lamanya. – BH Online

Kategori