Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

MIRI - Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendamit, Limbang yang dibuka...

Malindo Air Bakal Mula...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Malindo Air akan memulakan penerbangan lima kali seminggu...

Kerajaan Kaji Buka 30%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional...

Harga RON97, RON95 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun tiga sen...

Jakim Semak Dakwaan Padam Fatwa ‘Amanat Haji Abdul Hadi’

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan akan memeriksa dahulu dakwaan memadamkan fatwa ‘Amanat Haji Abdul Hadi’ di laman rasminya.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan berkaitan fatwa yang berkait dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Saya semak dulu,” katanya pada Isnin.

Sejak dilontarkan pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, ucapan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu mengundang kritikan kerana dianggap memecah-belahkan umat Islam.

Laporan media menyebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan ‘Amanat Haji Abdul Hadi’ sebagai sesat.


Pada Isnin, tular tangkap layar ciapan pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan Jakim yang dipercayai memadam fatwa ‘Amanat Haji Abdul Hadi’.

“Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa amanat Haji Hadi yang telah difatwakan haram pada 2002?

“Jangan permainkan hukum sebab politik,” ujarnya dalam ciapan Twitter. – Sinar Harian

Kategori