Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Zahid Ucap Tahniah Calon...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

APMM Selamat 5 Nelayan...

KEMAMAN - Lima nelayan tempatan diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi...

Nafi Anak Kongsi Pakaian...

BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan...

Romantisnya Gelagat Aeril Zafrel...

Romantis sungguh melihat gelagat selebriti ini bak burung merpati dua sejoli.Mereka berdua ini...

Kadar Rt COVID-19 Bawah 1.0 Hampir 2 Minggu

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau Rt di Malaysia ketika ini berada di bawah paras 1.0 untuk tempoh hampir dua minggu.

Kali terakhir Rt direkodkan pada kadar 1.0 ialah pada 5 Jun lalu, sebelum perangkaan berkenaan terus menunjukkan pola penyusutan, dengan kadar terendah 0.9 pada 12 Jun lalu. 

Berdasarkan statistik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan Rt pada tahap 0.92 meskipun menjadi penyumbang terbesar terhadap peningkatan kes harian.

Negeri lain yang mencatatkan Rt di bawah paras kebangsaan, iaitu 0.95 setakat semalam ialah Johor (0.92), Melaka (0.88), Kedah (0.84), Pulau Pinang (0.83), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.82), Pahang (0.8),Terengganu (0.79), Perak (0.76) dan Kelantan (0.75),manakala sifar kes bagi Perlis.

Hanya Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan dan Sarawak merekodkan Rt di atas paras kebangsaan.

Sekiranya diteliti graf kes harian, Rt menyusut bagi tempoh lima hari berturut-turut sejak 6 Jun lalu, sebelum kembali menunjukkan pola peningkatan keesokan harinya, sekali gus menimbulkan keresahan pelbagai pihak.


Secara perbandingan, Selangor setakat semalam merekodkan 32.74 peratus atau 222,249 kes positif daripada keseluruhan 678,764 kes positif yang dicatatkan di seluruh negara, disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10.23 peratus atau 69,490 kes), Sabah (9.87 peratus atau 66,978 kes) dan Johor (9.76 peratus atau 66,276 kes).

Nisbah positif ujian (TPR) yang direkodkan di Malaysia setakat semalam pula berada di tahap 4.99 peratus apabila sebanyak 678,764 keputusan saringan positif dicatatkan, berbanding 12,926,165 keputusan saringan negatif.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mei lalu menetapkan TPR mana-mana negara seharusnya kurang daripada lima peratus kerana ia kriteria petunjuk jangkitan COVID-19 di sesuatu lokaliti terkawal. – BH Online

Kategori