Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelumba Sensasi Anuar Manan...

KUALA TERENGGANU - Pelumba sensasi Anuar Manan akan mengetuai pasukan Lumba Basikal Profesional...

Konsert ‘Sides’ Tonjolkan Sisi...

BINTANG terkenal dan sensasi Indonesia, Afgan bakal mengadakan sebuah konsert yang dinamakan Afgan...

Mastura Fokus 5 Agenda...

KUALA KANGSAR - Sebagai usaha untuk memastikan penduduk Kuala Kangsar tidak ketinggalan dalam...

Skandal BMF 1985: Mahahtir...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan bahawa beliau...

Kadar Rt Covid-19 Terus Menurun 4 Hari

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini terus merekodkan penurunan sejak Ahad lalu dengan mencatat 1.06, semalam.

Menurut data dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook beliau, hari ini, kadar itu merosot daripada 1.16 pada 29 Mei lalu kepada 1.12 keesokannya, 1.09 (31 Mei) dan 1.07 (kelmarin).

Bagaimanapun, hanya Johor mencatatkan Rt bawah nilai kebangsaan dengan 1.04, manakala Kedah merekodkan kadar sama 1.06.

Labuan pula mendahului negeri lain dengan kadar 1.49, disusuli Negeri Sembilan (1.24); Sabah (1.21); Melaka (1.19); Perlis (1.18) dan Pahang (1.13).

Seterusnya, Pulau Pinang dan Kelantan (1.12); Perak (1.11); dan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu serta Sarawak (1.09); 

Semalam, angka harian penularan COVID-19 meningkat kepada 7,703 jangkitan yang membawa kepada jumlah kumulatif 587,165 kes.


Semua negeri melaporkan pertambahan kes yang menyaksikan Selangor sekali lagi mencatat bilangan tertinggi dengan 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554) dan Kelantan (541).

Malaysia turut melaporkan angka kematian baharu yang tertinggi dengan 126 kes, setakat tengah hari semalam.

Dr Noor Hisham dipetik sebagai berkata, mangsa terbabit meliputi 123 rakyat Malaysia dan tiga warga asing berusia antara 26 hingga 98 tahun. – BH Online

Kategori