Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Tetap Sokong...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada...

Chong Wei Setuju Cadangan...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata cadangan pelantikan...

Cucu Tak Ambil SPM...

KUALA KETIL - Seorang cucu di Kedah yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran...

Pengusaha Selar Dakwaan Harumanis...

KANGAR - Dakwaan harga mangga Harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis jatuh mendadak...

Kaji Tindakan Undang-Undang Kepada Golongan Antivaksin

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan juga sudah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Jika ikut perancangan, saya harap kita dapat mempercepatkan vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan, manakala sebahagian lagi tidak, kerana ini akan membawa kesan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. – BERNAMA

Kategori