Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

MP Cameron Highlands Kesal...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor kesal dengan himpunan...

Pelajar Lemas: Laluan Berair...

SEPANGGAR - Laluan digunakan tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, yang lemas...

Jerebu: Bacaan IPU Menunjukkan...

KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan...

Jangan Tular Gambar Kertas...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pengundi khususnya yang mengundi secara pos...

Kawalan Ketat Polis Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengetatkan kawalan di bandar raya ini dengan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) selain menutup beberapa laluan utama di lokasi strategik. 

Ia susulan operasi Black Democracy yang dijadualkan berlangsung 12 tengah hari membabitkan beberapa lokasi strategik di seluruh negara. 

Tinjauan di hadapan pintu gerbang utama Istana Bukit Serene di sini, mendapati anggota polis ditempatkan berkawal di setiap susur masuk kawasan berkenaan.

Khemah khas untuk anggota polis membuat kawalan turut didirikan bersebelahan pintu masuk utama Istana Bukit Serene. 

Kenderaan juga turut tidak dibenarkan berhenti di kawasan perkarangan istana.

Laluan ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Negeri Johor juga turut dikawal ketat dan hanya kenderaan yang mempunyai temujanji vaksin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), sahaja dibenarkan melalui laluan itu. 

Kehadiran polis juga dilihat di sepanjang laluan ke bandar raya ini. 


Semalam, Polis Johor dilaporkan memberi amaran akan terus mengeluarkan kompaun pada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul di mana-mana lokasi di negeri ini, tengah hari ini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik berkata, tiada lagi amaran bersurai akan diberikan sebaliknya tindakan kompaun akan terus dilakukan hari ini. 

Kelmarin, video berdurasi dua minit 40 saat yang tular di media sosial menyeru orang ramai menyertai operasi Black Democracy, hari ini. 

Menerusi video itu, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – myMetro Online

Kategori