Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tropicana Twister Agih Tiket...

KUALA LUMPUR - Pintu B di stesen KL Sentral di sini dibanjiri orang...

8 Lelaki Sedang Leka...

JELEBU - Lapan lelaki yang sedang leka berjudi ditahan di dalam sebuah rumah...

Ambil Langkah Proaktif Kekal...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan momentum perdagangan supaya...

BR1M Kaedah Terbaik Kembang...

MELAKA - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada pandangan 35 ahli ekonomi United...

Kematian Budak 2 Tahun Disyaki Mangsa Dera

KUCHING – Empat individu termasuk ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Betong yang dilaporkan meninggal dunia ditahan bagi membantu siasatan kes dera.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli berkata, mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 65 tahun adalah ahli keluarga kanak-kanak malang itu.

“Permohonan reman akan dibuat bagi membolehkan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zamry berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Betong mengenai kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai mangsa dera.

Berikutan itu, polis ke Hospital Betong dan mengesahkan seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika dihantar oleh keluarganya ke hospital itu pada jam 3 petang.

“Pegawai perubatan memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak itu yang dipercayai punca kematiannya,” katanya. – myMetro Online

Kategori