Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Keluar Masuk Singapura...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor bakal melaksanakan beberapa tindakan bagi menghadapi penularan...

AirAsia X Akan Tambah...

GEORGETOWN - AirAsia X, penerbangan jarak jauh Kumpulan AirAsia, kini menimbang untuk memperkenalkan...

MT Orkim Harmony: Najib...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih...

Banjir Di Simpang Renggam...

JOHOR BAHRU - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka sejak awal...

Kerajaan Setuju Pelan Parlimen Secara Hibrid

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid yang membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata langkah sedemikian diambil bagi memastikan Parlimen berupaya berperanan seperti sewajarnya, walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan program pemulihan yang giat berjalan di semua peringkat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat secara maya hari ini dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan-Timbalan Yang DiPertua bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan.

“Ia antara lain merangkumi persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid yang meliputi aspek-aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan.

“Mesyuarat hari ini pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep mengadakan Parlimen hibrid ini yang berasaskan penyertaan Ahli Parlimen secara kehadiran fizikal dan maya. 

“Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

Kategori