Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Selesai Keterangan Di...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira...

Lebih 45 Peratus Penduduk...

KUANTAN - Lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk di Pahang berdepan masalah...

Peugeot Sasarkan Jualan Unit...

PETALING JAYA - Anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd,...

LRT3: Najib Sangkal Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal kenyataan...

Kerajaan Tubuhkan ‘Poverty Circle’ Tangani Kemiskinan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan dan mempengerusikan ‘Poverty Circle’ yang dianggotai oleh wakil-wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh-tokoh akademik bagi membincangkan serta merangka strategi terbaik menangani kemiskinan khususnya ketika pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan bersempena webinar Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diadakan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia kepada ‘Poverty Circle’ ini.

“Pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap pencapaian SDG, namun ia juga memberi peluang kepada Malaysia untuk menetapkan semula pembangunan negara ke arah masa depan yang lebih makmur, inklusif dan mampan,” katanya.

Secara keseluruhan, Mustapa berkata, Malaysia mencapai kemajuan yang baik terutamanya dalam menangani kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, berdasarkan metodologi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019, kadar kemiskinan mutlak berkurangan kepada 5.6 peratus meliputi 405,441 isi rumah pada 2019 berbanding 7.6 peratus (525,743 isi rumah) pada 2016.

Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, pandemik ini menyebabkan kadar kemiskinan di Malaysia meningkat kepada 8.4 peratus pada 2020 berbanding 5.6 peratus pada 2019.


Kadar kemiskinan tegar juga berkurangan kepada 0.4 peratus (27,158 isi rumah) pada 2019 daripada 0.6 peratus (45,004 isi rumah) pada 2016. 

Mustapa berkata, insiden kemiskinan sudah berkurangan bagi semua kumpulan etnik dengan peratusan pengurangan terbesar dicatatkan oleh kaum Bumiputera.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat kelompok kemiskinan dan ketidaksamarataan serta kemiskinan pelbagai dimensi – kemiskinan dalam konteks yang lebih luas, membabitkan aspek pendapatan dan bukan kewangan merangkumi kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas.

“Impak pandemik Covid-19 kepada ekonomi Malaysia menjejaskan pendapatan rakyat dan menyebabkan lebih banyak isi rumah terdedah kepada kemiskinan terutamanya dalam kalangan B40 dan golongan rentan,” kata Mustapa. – BERNAMA

Kategori