Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Saya Lihat Polis Meniarap,...

Subang: Aksi tembak menembak antara polis dengan penjenayah di Persiaran Prima Utama 3,...

Kerajaan Komited Bantu Program...

PEKAN - Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola sepak di negara ini...

Pesawat Tigerair Gagal Kesan...

SINGAPURA - Sebuah pesawat tempatan, Tigerair TR2464 dari Singapura ke Kuala Lumpur terpaksa...

3 Lelaki Ditahan Bantu...

KOTA TINGGI - Mayat wanita yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tangan diikat...

Kes Baharu COVID-19 Kembali Melebihi 6,000 Kes

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali melebihi angka 6,000 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi laman media sosial rasminya menyatakan sejumlah 6,239 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang 24 jam lalu, meningkat berbanding 5,566 kes semalam.

Katanya berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 633,891 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468) dan Sarawak (419).

Selain itu, Kelantan merekodkan 340 kes, Pahang dan Sabah masing-masing 232 kes, Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135), Putrajaya (17) manakala Perlis empat kes. – BERNAMA

Kategori