Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Terselamat Selepas Dicampak...

SEORANG bayi yang berusia tujuh bulan nyaris maut selepas dicampak dari sebuah jambatan...

Penolong Pegawai AADK Ditahan...

SEREMBAN - Seorang penolong pegawai Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Sepang direman tiga hari...

TPM Ahmad Zahid Sedia...

BALING – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan disiasat...

Kecewa Anak Kena Gigit...

IBU bapa mana tak kecewa bila anak disakiti sehingga berbekas bukan?Tambah sakit hati bila...

Kes Covid-19 Global Catat 3.82 Juta Kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 177 juta kes.

Sejumlah 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.5 juta kes.

Ini diikuti india dengan 29.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.6 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Itali dan Argentina pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan lebih 1.9 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.3 juta.

Malaysia mencatat lebih 600,000 kes manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 200,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.82 juta kes.


Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 600,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 493,000 kes, India lebih 381,000 kes, Mexico lebih 230,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 53,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 23,000 diikuti Malaysia.

Singapura kekal dengan 34 kematian setakat ini. – Astro AWANI

Kategori