KUALA LUMPUR – “Gaya macam ‘perutusan khas’. Apakah beliau bercakap atas kapisiti individu atau mewakili Perdana Menteri?”
Demikian soal ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi merujuk kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohammad yang tiba-tiba muncul video secara langsung di Facebook mengenai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
“Beliau membidas pihak yang mahu MAGERAN dilaksanakan. Ia pernah berlaku akibat tragedi 13 Mei 1969 dan krisis politik Kelantan 1978.
“Untuk pengetahuan Dr Marzuki, rakyat bukan mahu MAGERAN. Rakyat mahu darurat yang ada ini pun ditamatkan dan tidak disambung.
“Kenapa tiba tiba bangkit isu MAGERAN? Mahu ‘divert’ isu? Menurut Marzuki darurat sekarang lebih baik dari MAGERAN kerana kerajaan hanya laksana darurat kesihatan,” tegasnya dalam satu hantaran di platform media sosialnya.
Soal Dr Puad juga, jika darurat kesihatan kenapa gantung Parlimen.
“Bahkan selepas 5 bulan, angka COVID-19 terus meningkat dan tinggi. Jelas, darurat hari ini gagal.
“Dakwa Marzuki lagi, darurat kesihatan hari ini membenarkan mesyuarat Kabinet, MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan lain-lain diadakan.
“Tetapi kenapa gantung parlimen hingga apa yang kerajaan mesyuarat dan putuskan tidak ada ‘check and balance’,” bidasnya. – UMNO ONLINE