Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LHDN Kutip Cukai RM175...

LANGKAWI : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan hasil cukai luar biasa...

Zuma Letak Jawatan Sebagai...

JOHANNESBURG - Jacob Zuma, 75, akhirnya tunduk kepada tekanan dan meletak jawatan sebagai...

Asing Lembaga Urus Harta...

KUALA LUMPUR - Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH)...

Felda Berjaya Mewujudkan 279...

KUALA NERUS - Felda berjaya mewujudkan 279 buah pertubuhan Kami Anak Felda (KAF)...

Kuala Lumpur Dijangka ‘Hidup’ Semula Seawal Ogos

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur yang menjadi pusat ekonomi dan sosial negara dijangka kembali ‘hidup’ seawal Ogos ini.

Warga kota diyakini berupaya kembali kepada kehidupan normal lebih awal apabila imuniti kelompok di Wilayah Persekutuan dicapai dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata sasaran sama juga dijangka dicapai bagi Putrajaya dan Labuan menjelang bulan depan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, dalam memastikan usaha itu tercapai, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melancarkan program bersifat pecutan melalui Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah, tambahan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ia menyasar proses pemvaksinan di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kampung tradisi, industri, pasar borong dan penempatan gelandangan bagi memastikan tiada yang tercicir.

“Kuala Lumpur adalah pusat ekonomi yang merangsang pertumbuhan seluruh negara dan sangat penting untuk mencapai imuniti kelompok dengan cepat bagi memastikan semua aktiviti komersial dapat kembali beroperasi seperti biasa.

“Kita dapat melihat cahaya di hujung terowong dengan adanya Pelan Pemulihan Negara dalam pengurusan COVID-19 hingga akhir tahun ini.

“Apa yang saya harapkan ialah selepas Ogos ini, senarai negatif membabitkan sektor yang boleh beroperasi akan berkurangan sehingga Kuala Lumpur dapat kembali hidup dan penduduknya boleh memiliki pendapatan seperti sedia kala,” katanya pada sidang media khas mengenai PPN membabitkan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, bagi kes COVID-19 di ibu negara, pihaknya berusaha dengan kementerian bertanggungjawab memastikan kadar kebolehjangkitan (Rt) menurun kepada 0.8.


“Sejak 7 Jun hingga Selasa lalu, kita berjaya memberikan 38,856 dos vaksin pertama di bawah MyMedic@Wilayah yang dilaksanakan di 14 PPR dan PA DBKL dan kampung tradisi selain di lapan kawasan industri, termasuk pasar borong menggunakan 13 trak.

“KWP menyasar penambahan bilangan trak kepada 40 bagi program MyMedic@Wilayah dan mengadakan perbincangan strategik bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk penambahan vaksin kepada Labuan,” katanya.

Beliau berkata, warga kota yang terdiri daripada gelandangan juga tidak dilupakan dalam menerima vaksin dengan seramai 252 golongan itu sehingga kini sudah diberikan vaksin di Pusat Penempatan Gelandangan Anjung Kelana dan Pusat Komuniti Setiawangsa.

KWP turut merancang memastikan kira-kira 6,000 penghantar makanan dan 7,000 penjaja makanan untuk divaksin dalam tempoh terdekat bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bagi urusan jual beli.

“Apabila mendapat lampu hijau, kita akan memulakan proses vaksinasi kepada penghantar makanan bulan ini dan untuk peniaga makanan yang mempunyai lesen Wilayah Bebas Berniaga pada bulan depan.

“Kita turut menggalakkan syarikat dalam sektor ekonomi untuk memastikan pekerja mereka semua divaksin bagi memudahkan lagi urusan perniagaan selain berhubung dengan pelanggan,” katanya. – BH Online

Kategori