Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda MIC Bantah Wujud...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC mendesak kerajaan mengantung sebarang keputusan untuk menaik taraf...

1,126 Penumpang SkyCab Selamat...

LANGKAWI - Kesemua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung...

Legoland Dubai Ada Bangunan...

DUBAI - Akhir bulan ini, pengunjung taman tema Legoland Dubai dapat menyaksikan bangunan...

Jangan Guna Jakim Pertahan...

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kesal apabila Jabatan...

Lebih 400 Petugas Parlimen Terima Vaksin Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Lebih 400 petugas Parlimen mula menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Parlimen yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, petugas berkenaan menerima suntikan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ibu negara.

“Ini termasuklah kakitangan Parlimen yang terbabit dengan pembersihan, katering dan sebagainya.

“Ini sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi.


“Kita mahu memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan berlaku,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, ahli Parlimen juga sudah dimaklumkan mengenai pegawai mereka juga layak untuk menerima vaksin bagi memastikan individu yang hadir nanti divaksin sepenuhnya. – myMetro Online

Kategori