Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO: Di Manakah Tengku...

PEREBUTAN jawatan Presiden UMNO  30 Jun ini diramal sengit memandangkan tiga calon utamanya...

Kes Rusuhan Kuil: 9...

PETALING JAYA - Sembilan lagi lelaki, termasuk seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah...

Ringgit Susut Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Kronologi Rampasan Kapal Tangki...

KUALA LUMPUR - Negara digemparkan dengan insiden sebuah kapal tangki iaitu MT Orkim...

Lebih 500 Orang Asli Divaksin Di Sungai Rual

JELI – Lebih 500 penduduk Orang Asli menerima suntikan vaksin di Program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Rual, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah terbabit, seramai 235 Orang Asli menerima suntikan termasuk kumpulan awal yang diadakan pada 5 Jun lalu.

Katanya, masyarakat Orang Asli turut menerima baik program vaksinasi dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan menghadiri program berkenaan bagi memastikan diri mereka turut dilindungi.

“Program vaksinasi kali ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan berbanding pada fasa pertama yang lalu, susulan mendapat lebih keyakinan daripada kumpulan yang sudah menerima vaksin sebelum ini.

“Kita juga dalam usaha menambah empat lagi program Outreach di Jajahan Jeli, iaitu di Ayer Lanas, Batu Melintang, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jeli serta di Pejabat Ahli Parlimen Jeli.

“Dua lagi di perkampungan Orang Asli yang juga kawasan pedalaman agar semua golongan ini tidak ketinggalan mendapatkan vaksinasi dengan bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) , Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Penerangan Negeri (JPN),” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Perkampungan Orang Asli Sungai Rual, di sini, hari ini.


Mustapa berkata, dengan adanya pertambahan program Outreach, beliau berharap kerajaan dapat memperuntukkan jumlah dos vaksin bersesuaian dengan penerima yang berdaftar.

Sementara itu, penghulu Sungai Rual, Bidin Daud, 63, meluahkan rasa gembira dengan pelaksanaan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang membolehkan Orang Asli di mukim berkenaan menerima suntikan sekali gus mengurangkan risiko wabak COVID-19.

“Saya antara penerima kelompok pertama vaksin, justeru sebagai tok batin di sini, saya mengambil inisiatif untuk menyampaikan kebaikan vaksin dari rumah ke rumah agar mereka lebih terbuka menerima vaksin.

“Alhamdulillah, semakin ramai yang mula menerima baik dan ‘melihat’ vaksin ini dalam perspektif positif bagi mengelak penularan wabak.” – BH Online

Kategori