KUALA LUMPUR – Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, 75, meninggal dunia pagi ini.
Berita pemergian tokoh itu dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh Lim Kok Wing University of Creative Technology (LCUT), hari ini.
“Dengan rasa sedih yang mendalam kami memaklumkan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami.
“Berwawasan, karier Tan Sri penuh dengan kreativiti, dan dia membantu mengembangkan pendidikan inovatif di peringkat global dan memperkasa terutama negara membangun.
“Rasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan banyak pihak, kami meminta privasi ketika meratapi pemergian seorang lelaki yang sangat kami banggakan,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini mendiang dilaporkan berada dalam keadaan stabil ketika menerima rawatan di hospital akibat jatuh di rumahnya.
Pada 1991, mendiang menubuhkan Lim Kok Wing Institute of Creative Technology yang pertama dan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, ia kemudian ditukar nama kepada LUCT. – myMetro Online