Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Heret Tommy: Peguam Bapa...

SHAH ALAM - Peguam yang mewakili bapa Muhammad Adib untuk mendakwa Peguam Negara,...

Setem Dan Poskad ‘Saya...

KUCHING - Setem dan poskad 'Saya Sayang Keluarga Saya' edisi khas dilancar hari...

Remaja 18 Tahun Muncul...

TERPESONA dengan alunan ayat suci al-Quran, seorang remaja yang pada mulanya menyimpan angan-angan...

Doktor Beri Arahan Guna...

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini melalui situasi genting apabila...

Malaysia Terima 2 Juta Dos Vaksin Esok, Jumaat

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menerima masing-masing satu juta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun dan Pfizer dari Amerika Syarikat (AS) pada esok dan Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia melambangkan keprihatinan kedua-dua negara terbabit serta kepercayaan mereka terhadap Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

Menurutnya, ia juga bagi menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak itu.

“Bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan lagi program PICK dan membantu Malaysia mencapai nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semua vaksin yang diperoleh akan diedarkan segera ke fasiliti dan pusat simpanan vaksin di seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.


Menurutnya, beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) mega akan mula beroperasi pada kadar yang lebih tinggi hari ini dengan pelaksanaan suntikan dos kedua.

Katanya, antara PPV terbabit ialah PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan peningkatan kapasiti kepada 8,000 dos.

Selain itu, PPV Pusat Konvensyen Setia City akan ditingkatkan kepada 6,000 dos.

“Semua fasiliti terbabit sudah dipersiapkan untuk menampung kadar vaksinasi yang lebih tinggi bagi memastikan kelancaran operasi dan untuk mengelakkan kesesakan berlaku,” katanya. – myMetro Online

Kategori