KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tiba di Istana Negara, di sini, untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) warna hitam yang membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua pada jam 2.18 petang.
Beliau adalah pemimpin politik terakhir yang diberi perkenan menghadap Agong, hari ini.
Sesi menghadap hari ini dimulakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diikuti Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. – BH Online