Dari Facebook Najib Razak
TENGKU Zafrul dan kerajaan PN ini tak berbeza dengan Guan Eng dan PH.
Setiap kali mereka tak boleh jawab fakta dan kritikan, mereka akan keluarkan cerita 1MDB.
Misalnya cerita hutang 1MDB lebih RM40 bilion apabila kerajaan PN tak boleh jawab kenapa beri bantuan hanya RM5 bilion secara terus untuk pakej PEMERKASA PLUS untuk PKP3.0/Total Lockdown walaupun sebanyak dana lebih RM120 bilion telah diperolehi dalam tempoh 5 bulan tahun 2021 ini.
Ataupun soalan kenapa kerajaan PN jawab mereka tak kawal bank untuk beri moratorium pinjaman automatik secara pukal biarpun mereka ada kuasa darurat, kuasa BNM/MOF dan kerajaan adalah antara pemilik saham terbesar bank-bank Malaysia.
Dah jadi rutin pulak. Tak boleh jawab, keluar cerita 1MDB.
Saya rasa lebih elok bagi kerajaan PN guna alasan 1MDB juga untuk menjawab soalan kenapa bank tak boleh beri moratorium pukal tanpa faedah, kenapa keadaan Covid Malaysia antara paling teruk dalam dunia ketika ini di mana kita pecah rekod kematian hampir tiap-tiap hari dan kenapa TOTAL lockdown mereka tak total sangat.
Tapi apa yang saya paling tak boleh faham ialah hutang 1MDB semakin hari semakin naik biarpun dana berkait 1MDB diperolehi kembali semakin tinggi.
Hutang 1MDB yang diumum kerajaan sendiri boleh pulak naik dari RM32.3 bilion pada akhir tahun 2018 ke RM32.3 bilion pada bulan Mac 2021 ke “lebih RM40 bilion” pada Jun 2021 ini.
Biarpun dana sebanyak RM35.3 bilion telah diambil balik dengan banyak lagi penyelesaian masih dalam rundingan.
Makin banyak wang berkait 1MDB diterima makin tinggi hutang 1MDB, ya?
Logik datang dari mana?
Hutang 1MDB dia mahu sebut.
Aset RM35.3 bilion dikembalikan dia tak sebut.
Kebaikan dari penjimatan IPP berat sebelah RM50 bilion diselesaikan dengan 1MDB dia tak sebut.
Aset-aset bernilai lebih RM100 bilion ditinggalkan 1MDB, dia tak bilang. Belum masuk lagi 8 pangkalan MINDEF dibina atau dinaiktaraf 1MDB dengan kos RM2.7 bilion.
Dana dipinjam dan dijual kerajaan PN lebih RM120 bilion pada 5 bulan pertama tahun 2021 ini dia tak sebut.
Kenaikan hutang negara sebanyak RM87 bilion pada tahun 2020, tak mahu sebut?
Kenaikan hutang negara sebanyak RM230.7 bilion dari RM686.8 bilion pada tahun 2017 masa BN ke RM916 bilion pada suku 1 tahun 2021, tak bebankan?
Wang ratusan bilion yang mereka jarah dari Petronas, Khazanah Nasional dan KWAN, apa cerita?
Dan soalan paling asas dari mana datangnya dana RM600 bilion yang PM8 dan kerajaan PN kata mereka telah belanja untuk mengaku prihatin?
PM8 menabung dari kecil atau Guan Eng yang kumpul ke?
Aset yang naik RM1.2 trilion oleh kerajaan BN masa saya PM dari RM800 bilion pada akhir 2008 ke RM2 trilion pada akhir 2017 untuk PH jarah dan PN belanja, tak mahu bilang ke?
SOALAN TAMBAHAN bagi kerajaan dan Jkom: Najib yang jadi mastermind untuk curi RM2.6 bilion tapi orang lain yang bayar gantirugi RM35.3 bilion ke?
Hutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion
“17 Julai 2019: RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada akhir tahun 2018”
https://www.sinarharian.com.my/article/38270/BERITA/Nasional/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Bajet-sahkan-hutang-negara-RM11-trilion
Hutang 1MDB pada tahun 2021:
“26 Mac 2021: 1MDB masih miliki hutang RM32.3 bilion”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/800596/1mdb-masih-miliki-hutang-rm323-bilion
“15 April 2020: 1MDB: Malaysia terima AS$620 juta dari AS setakat ini”
https://www.sinarharian.com.my/article/78970/BERITA/Nasional/1MDB-Malaysia-terima-AS$620-juta-dari-AS-setakat-ini
“2 April 2019: Kapal mewah ‘Equanimity’ dijual pada harga RM514 juta kepada Genting”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapal-mewah-equanimity-dijual-pada-harga-rm514-juta-kepada-genting-203080
“Mei 2020: Dengan perkiraan penyelesaian dengan Riza Aziz ini, Kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali sejumlah kira-kira USD108 juta
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/579484/tommy-thomas-secara-prinsip-setuju-dnaa-riza-aziz
“24 Julai 2020: 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/714425/1mdb-goldman-sachs-setuju-bayar-as39-bilion
“27 Feb 2021: 1MDB: Ambank setuju bayar RM2.83 bilion”
https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/1mdb-ambank-setuju-bayar-rm2-83-bilion/
“17 Dis 2019: Pembayaran oleh IWH-CREC untuk kepentingan 60 peratus itu dimeterai pada tanah Bandar Malaysia yang bernilai RM12.35 bilion. Projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion itu juga membolehkan langkah kerjasama berpotensi dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639543/projek-bandar-malaysia-bermula
“27 Mei 2019: Newsbreak: 1MDB’s land in Pulau Indah up for sale”
https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-1mdbs-land-pulau-indah-sale
“31 Julai 2018: Malaysia to probe 1MDB Penang land deal: Finance Minister Lim Guan Eng”
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-to-probe-1mdb-penang-land-deal-finance-minister-lim-guan-eng
“3 Mac 2021: Putrajaya settles with Deloitte for RM324m in relation to 1MDB scandal”
https://www.theedgemarkets.com/article/putrajaya-settles-deloitte-rm324m-relation-1mdb-scandal
“4 Mac 2021: MoF looking at 1MDB settlements with KPMG, Wong & Partners — sources”
https://www.theedgemarkets.com/article/mof-looking-1mdb-settlements-kpmg-wong-partners-%E2%80%94-sources
“5 April 2021: Zafrul also said settlement talks were ongoing with Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC”
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-confident-attracting-more-foreign-investment-year
“11 Mei 2021: Penyelesaian JP Morgan, Deutsche Bank dan Coutts bank”
https://www.finews.com/news/english-news/46224-1mdb-coutts-deutsche-bank-jp-morgan-bsi-efg
“12 Mei 2021: Malaysia terima RM1.9 bilion dana 1MDB dari DOJ – Tengku Zafrul”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-terima-rm19-bilion-dana-1mdb-dari-doj-tengku-zafrul-297745