Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Foto Usher Dengan Ibu...

PERTEMUAN penyanyi antarabangsa Usher, 37, dengan keluarga penyanyi Yuna, 29, di Malaysia mendapat...

Mahkamah Tolak Permohonan Ambil...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan...

Pesakit Mental Ditembak Polis...

HANYA kerana sebiji batu, seorang pesakit mental di Sabah dipercayai ditembak oleh anggota...

Tertipu Lagi?

Sudah hampir dua minggu sejak Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) diadakan pada...

Negara Alami Kerugian RM1 Bilion Sehari

KUALA LUMPUR – Negara mengalami kerugian RM1 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan ini berbeza dengan situasi PKP tahun lalu kerana ketika itu belum mempunyai vaksin Covid-19.

Menurutnya, satu-satunya jalan keluar ketika itu adalah PKP dan tindakan kesihatan awam untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Saya sudah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial hari ini.


Beliau berkata, kerajaan hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam usaha keluar daripada krisis dan demi kesihatan serta kelangsungan hidup.

Untuk rekod, tahun lalu negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP.

Jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac sehingga Mei 2020 adalah sebanyak RM63 bilion. – myMetro Online

Kategori