PUTRAJAYA – Sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 678,764 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal menjadi negeri tertinggi dengan kes COVID-19 iaitu 1,858 kes diikuti Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641), Sarawak (559) dan Johor (449).
“Hanya Perlis tidak mencatat pertambahan kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.