Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Petani Perlu Cantum Kebun,...

PUTRAJAYA - Kerajaan berhasrat melaksanakan konsep pertanian estet dengan lebih meluas di seluruh...

PRU14: PH Tawan Johor,...

PETALING JAYA - Sejarah telah tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila...

Jualan Ford Meningkat 2%...

KUALA LUMPUR - Jualan Ford pada Oktober meningkat dua peratus berbanding bulan sebelum...

Jangan Terpedaya Pandangan Puak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia...

Pembelian Ambulans Tekanan Negatif Oleh KKM Disalah Tafsir

PUTRAJAYA – Laporan berita mengenai pembelian 500 unit ambulans ‘Negative Pressure Ambulance’ atau ambulans tekanan negatif oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, berkata apa yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang medianya pada Sabtu lalu tidak menyebut bahawa kesemua 500 ambulans yang dibeli itu bercirikan tekanan negatif.

“Laporan berita itu disalah tafsir. Sebenarnya Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) menyatakan pada sidang media bahawa KKM akan memulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ (pajakan) mengikut zon supaya isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi.

“Dalam kenyataan berkenaan tidak sebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilaporkan oleh pihak tertentu.

“KKM melihat keperluan ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini untuk melawan pandemik COVID-19 pada masa ini dan di masa hadapan. Ciri-ciri ambulans itu mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shafiq berkata, pada 17 Jun lalu KKM turut mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan mempersoal kepentingan pembelian unit kenderaan berkenaan terutamanya ketika pelaksanaan darurat ketika ini.


Katanya, pembelian ambulans berkenaan menelan kos yang tinggi iaitu mencecah RM300 juta sedangkan keutamaan pada ketika ini adalah untuk memikirkan cara menurunkan angka kematian akibat COVID-19.

Ambulans tekanan negatif itu turut dilengkapi sistem penapisan HEPA serta lampu UV yang dapat membersihkan udara dan pada masa sama memerangkap virus daripada merebak.

Ambulans berkenaan juga dilengkapi dengan Pod Isolasi (Isolation Chamber) yang diperbuat daripada filem TPU khas dan dikuatkan dengan memasukkan tiang ABS di setiap sisi struktur usungan berkenaan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan penggera keselamatan untuk memberi amaran kepada kakitangan perubatan jika ada kebocoran udara dan mengambil tindakan sewajarnya. – BH Online

Kategori