Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najib Luang Masa Lawat...

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja...

Lebih 1.6 Hektar Kawasan...

IPOH - Lebih 1.6 hektar kawasan pelupusan sampah di Kampung Penderas, Slim River...

Misi Cari MH370 Langgar...

Menurut Des Ross, seorang pakar penerbangan Australia, kos operasi pencarian pesawat MH370 meningkat...

Harga Minyak Kekal Tidak...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei...

Pemimpin GPS Selesai Menghadap Agong Secara Maya

KUCHING – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengemukakan tiga faktor penting dalam usaha memerangi COVID-19 serta pemulihan ekonomi pasca pandemik itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Sesi menghadap baginda itu yang diadakan menerusi persidangan video dari Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya itu turut disertai tiga Presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mereka ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiga faktor penting yang dipersembahkan oleh Abang Johari itu ialah program vaksinasi COVID-19 di Sarawak akan dipercepatkan dan diselesaikan pada bulan Ogos depan.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut memaklumkan, kerajaan yang kuat dan stabil untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program memerangi COVID-19.


Selain itu, beliau turut mempersembahkan pelaksanaan pelan ekonomi Sarawak pasca COVID-19.

Tiga presiden parti komponen GPS itu dalam kenyataan bersama selepas persidangan video itu berkata, mereka menyokong sepenuhnya tiga faktor utama yang dipersembahkan Abang Johari kepada Yang di-Pertuan Agong itu.

Sementara itu, sumber berkata, tiada isu politik semasa termasuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dibincangkan pada sesi menghadap itu. – BH Online

Kategori