KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan baginda.
“Perbincangan ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat dan ia kali kefua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. – BERNAMA