Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dutch Lady Henti Pengeluaran...

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi...

Polis Tahan Remaja Lelaki...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki dan merampas 620 bungkusan daun...

Warna-Warna Lembut Bakal Hiasi...

SETIAP tahun, pelbagai warna menarik telah diramal akan menjadi pilihan bakal mempelai yang...

Zulfarhan Osman Seorang Aktif...

JOHOR BAHRU - Sepupu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),...

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Selesai

KUALA LUMPUR – Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, selesai sebentar tadi. 

Difahamkan, Perbincangan Khas dihadiri lapan Raja-Raja Melayu itu berlangsung hampir empat jam. 

Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dilihat keluar meninggalkan pintu utama Istana Negara kira-kira jam 5.15 petang.

Ia diikuti kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Konvoi kenderaaan membawa Raja-Raja Melayu mula keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, bagi menyatakan keputusan Perbincangan Khas itu. – BH Online

Kategori