Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ditahan Dalam Sekatan Jalan...

TINDAKAN kurang bijak seorang remaja yang memuat naik status menghina polis di laman...

Kutipan Cukai Langsung 2018...

PUTRAJAYA - Sebanyak RM137.035 bilion dikutip menerusi kutipan kasar cukai langsung negara oleh...

98 Orang Terbunuh Di...

MATARAM, Lombok ā€“ Indonesia memindahkan beĀ­ratus-ratus pelancong dari resort-resort popular dan mengerahkan anggota...

Bersatu Bincang Dengan Warisan...

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu berbincang dan mendapatkan kata...

Polis Kawal Sasaran Kumpulan ‘Baju Hitam’

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menutup dan mengawal ketat lokasi sasaran kumpulan berbaju hitam yang mengajak masyarakat berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara, tengah hari ini.Ā 

Hingga jam 11 pagi tadi, Polis Daerah Dang Wangi menutup semua laluan keluar dan masuk ke Dataran Merdeka, serta mengawasi kawasan sekitar bangunan dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut dan Jalan Raja Chulan, di sini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata hingga jam 11 pagi juga pihaknya masih belum mengesan sesuatu pergerakan mencurigakan yang berkaitan dengan aktiviti perhimpunan berkenaan. 

“Sehubungan itu saya menasihatkanlah masyarakat di sekitar ibu negara dan orang ramai untuk tidak berkumpul seperti yang diarahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati berdegil dan melanggar arahan pihak polis selain mengambil tindakan terhadap mereka yang keluar tanpa kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.Ā 

Beliau berkata pihaknya juga turut mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bergerak di beberapa lokasi masuk ke pusat bandar raya Kuala Lumpur khususnya menuju ke kawasan sasaran kumpulan berkenaan.


Selain daerah Dang Wangi, tinjauan sejak pagi tadi mendapati pihak polis turut membuat sekatan jalan raya di Jalan Kuching dan Jalan Bangsar berhadapan Muzium Negara, menghala ke pusat bandar raya.Ā 

Kumpulan berbaju hitam ini mensasarkan lokasi seperti Istana Negara dan Istana Negeri di seluruh negara; ibu pejabat KWSP dan semua cawangan KWSP di seluruh negara; Dataran Merdeka dan Dataran Putra (Masjid Putrajaya) untuk mengajak orang ramai berhimpun. 

Selain itu orang ramai juga diminta merakam video dan gambar mereka memakai baju hitam dan membunyikan hon semasa berkumpul bermula jam 2 petang hari ini. – BH Online

Kategori