Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Polis menahan tiga individu termasuk ketua kumpulan 'Geng Negro' yang...

Monorel Melaka Beroperasi Selepas...

MELAKA - Perkhidmatan Monorel Melaka akan mula beroperasi semula esok setelah digantung perkhidmatan...

Institusi Pendidikan Perlu Lahir...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Lagi Datuk Bandar Filipina...

MANILA – Seorang datuk bandar Filipina yang berada dalam senarai pegawai yang disyaki...

Polis Siasat Kenyataan Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. 

“Polis ada menerima laporan terhadap menteri terbabit dan siasatan sedang dijalankan. 

“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap kenyataan Takiyuddin yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong. 


Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara. 

Bagaimanapun, Takiyuddin ketika Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya Atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya pada Rabu lalu berkata, pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong itu tidak memperincikan bila ia perlu diadakan. – myMetro Online

Kategori