Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Bimbang Rasuah...

TANJUNG MALIM - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan...

Anwar ‘Time Over’ Apa?

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Salah Tersenarai Pemain Terbaik...

MOHAMED SALAH mungkin meraih anugerah hatrik individu selepas namanya disenarai pendek untuk Pemain...

“Saya Diundang Hadiri KMM...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan...

Raja-Raja Melayu Mula Tiba Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara, berkenan menghadiri sesi Perbincangan Khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, hari ini. 

Antara yang terawal memasuki pekarangan pintu Istana Negara adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tiba kira-kira 11.02 pagi tadi. 

Ia kemudian diikuti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memasuki pekarangan pintu utama Istana Negara pada jam 12 tengah hari.

Petugas media juga sudah ‘berkampung’ di hadapan pintu utama Istana Negara sejak jam 11.30 pagi tadi, sementara kawalan keselamatan ketat juga dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perbincangan khas itu dijangka bermula jam 2.30 petang ini di Istana Negara.


Selain Raja-Raja Melayu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dijangka mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan bagi memberi taklimat dalam perbincangan khas itu.

Selain Mohd Zuki, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga dijangka menghadiri Perbincangan Khas itu.

Perbincangan Khas itu yang juga inisiatif Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi pandemik COVID-19 di negara ini termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini. – BH Online

Kategori