Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRK Cameron Highlands: 2...

SERAMAI 247 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang...

Polis Tahan Tiga Lelaki...

SEREMBAN - Tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur, yang tidak bersekolah lagi,...

Ambil Gambar Selfie Ketika...

SELEPAS trend 'ice bucket challenge' yang mendapat perhatian seluruh warga netizen, kali ini...

Mufti, MAIS Diminta Adakan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Majlis Agama Islam...

RM4.5 Juta Untuk Baik Pulih Cerun Runtuh

JELI – Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta bagi membaik pulih dua cerun runtuh di Jalan Kampung Berdang-Sungai Rual, di sini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata runtuhan itu membabitkan lokasi sepanjang 80 meter dan 100 meter masing-masing di Seksyen 6.2 serta Seksyen 4.7.

Katanya, runtuhan dipercayai berlaku kerana hujan lebat musim tengkukuh Januari lalu dan berharap proses membaik pulih dapat diselesaikan sebelum November tahun ini.

“Keadaan menjadi semakin teruk dan membahayakan pengguna jalan raya apabila runtuhan semakin bertambah terutama apabila hujan. Kita juga mendapati kerosakan makin serius apabila berlaku dua lagi runtuhan baharu.

“Kita memandang serius masalah ini kerana ia penting untuk penduduk khususnya kepada 207 keluarga Orang Asli, Sungai Rual, untuk ke bandar Jeli selain guru-guru yang berulang alik ke sekolah.

“Selain itu, jalan ini juga adalah laluan alternatif penduduk di beberapa kampung yang mana hanya mengambil masa selama 10 minit ke bandar Jeli, berbanding jalan lama sehingga 45 minit perjalanan,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke lokasi cerun runtuh di Jalan Kampung Berdang-Sungai Rual, di sini.


Mustapa berkata, bagaimanapun, kerja membaik pulih jalan terbabit akan dimulakan selepas sekatan pergerakan penuh ditamatkan bagi mematuhi saranan kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melakukan pemeriksaan lengkap mengenai runtuhan ini dan laporan sudah disediakan untuk mengenal pasti punca keruntuhan cerun berkenaan.

“Namun, masih ada yang menggunakan laluan ini, justeru saya berharap agar semua orang berhati-hati agar tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, turut hadir ke Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di perkampungan Orang Asli Sungai Rual, di sini, hari ini. – BH Online

Kategori