MAKKAH – Robot-robot pintar akan mengedarkan botol-botol air zamzam di Masjidil Haram pada minggu ini sebagai persediaan untuk menerima jemaah haji berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara tersebut.
Pada Sabtu, negara beraja tersebut melaporkan kira-kira 60,000 penduduk yang sudah menerima suntikan vaksin bagi menghalang penularan pandemik itu telah dibenarkan untuk mengerjakan haji pada bulan depan.
Bilangan yang mengerjakan haji itu meningkat berbanding pada tahun lalu tetapi masih jauh berkurangan berbanding pada musim haji sebelum Covid-19 merebak yang mencatatkan kira- kira 2.5 dua juta jemaah haji pada tahun 2019.
“Kira-kira 20 robot yang boleh digunakan untuk membantu pelawat dan jemaah haji semasa musim haji,” kata Bader Al-Loqmani iaitu pengurus air zamzam di Masjidil Haram seperti dilaporkan oleh AFP.
Robot-robot pintar itu boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain ketika ia mengedarkan botol-botol air zamzam itu. – Agensi