Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Pasar Besar Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengesahkan punca kebakaran Pasar Besar...

Gempa Kuat Landa Kepulauan...

KUALA LUMPUR ā€“ Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda tenggara...

Mohon Penduduk Disegerakan Pembinaan...

SETIU - Sudah lebih 30 tahun penduduk Kampung Sri Bayas di sini ā€˜berdukaā€™...

“Orang Suruh Saya Senyap”...

KUALA LUMPUR - Selepas terpalit dengan kisah percintaan kontroversi, pelakon dan pengacara Neelofa...

Ronaldo, Messi Bergabung Di Barcelona?

BARCELONA – Barcelona dilaporkan sedang merancang tawaran perpindahan impian untuk menggabungkan Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi di Nou Camp.

Usaha berani itu didakwa cuba dilakukan Presiden Barcelona, Joan Laporta ketika dia ingin mewujudkan kembali dominasi Barca dalam kancah bola sepak Eropah.

Keutamaan Laporta ketika ini, untuk meyakinkan Messi supaya menandatangani kontrak baharu di tengah spekulasi pemain itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Paris Saint-Germain.

Ketika superstar Argentina itu dilihat bersedia menyerahkan masa depannya kepada kelab Catalan, Laporta mengalihkan perhatiannya terhadap Ronaldo, menurut laporan AS.

Media Sepanyol itu mendakwa, Messi menolak tawaran daripada kelab lain yang akan meningkatkan gajinya dan Laporta bercita-cita untuk menjadikan gandingan dua pemain yang menguasai pentas bola sepak dunia sejak sedekad lalu itu bagi menghadapi persaingan yang hebat.


Laporta dikatakan akan menawarkan dua pemain untuk Juventus sebagai cadangan pertukaran, dengan Antoine Griezmann, Sergi Roberto dan Philippe Coutinho berkemungkinan besar akan ditukar.

Satu halangan yang mungkin berlaku adalah mengenai gaji Ronaldo, namun gaji yang dikurangkan daripada dua pemain yang bakal ditukar itu akan membantu mengimbangi perbelanjaan kelab.

Malah, kehadiran Messi dan Ronaldo dalam satu pasukan juga dianggap berpotensi menyumbang pendapatan berganda buat Barca. – Agensi

Kategori