Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Veteran ATM Tuntut Hak,...

KUALA LUMPUR : Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil jalan untuk mengadakan perhimpunan...

Tujuh Menteri Terima Pingat...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

10 Fakta Menarik Pemain...

Tahukah anda, di kalangan para gadis yang menonton final pertama Malaysia lawan Thailand...

1,000 Himpun Di Masjid...

KIRA-KIRA 1,000 orang berhimpun di Masjid Negara untuk membantah tindakan pihak yang menghina...

Ronaldo Punca Coca-Cola Rugi Besar

BUDAPEST – Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

Penyerang Juventus itu mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Coke sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Jurucakap minuman itu berkata: “Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”


Ronaldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary. – Agensi

Kategori