Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Di Jepun...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan...

Mourinho Sedia Lepaskan Pogba...

MANCHESTER United sanggup menjual Paul Pogba ke Real Madrid dengan syarat mereka boleh...

Jurugambar Kantoi Pujuk Model...

Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat...

Aplikasi MyDI Dilancarkan Semak...

PUTRAJAYA - Mulai 11 Mei orang ramai boleh membuat carian tentang status bankrap...

Sidang Parlimen Perlu Diadakan Sebelum Darurat Tamat

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan sependapat pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu supaya Parlimen bersidang secepat mungkin, bererti baginda mahu ia dilaksanakan sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos ini.

Pakar Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Dr Faridah Jalil, berkata Parlimen perlu bersidang dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menzahirkan pandangan itu.

Katanya, tempoh berkenaan dianggap munasabah untuk kerajaan mempersiapkan segala keperluan bagi membolehkan Parlimen bersidang, selaras istilah ‘secepat mungkin’ yang dizahirkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

“Dalam konteks undang-undang, mahkamah pernah memberi tafsiran pada perkataan ‘as soon as possible’ yang juga bermaksud ‘secepat mungkin’ dalam kes Aminah v Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Ia diertikan sebagai ‘secepat mana yang munasabah menurut keadaan sesuatu kes’. Kayu ukur yang penting adalah tempoh masa munasabah menyediakan keadaan dan keperluan bagi membolehkan Parlimen bersidang,” katanya kepada BH, hari ini.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata, kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober, juga bertepatan dengan saranan ‘secepat mungkin’ yang dizahirkan Al-Sultan Abdullah.

Faridah berkata, dalam aspek persidangan, kesemua Ahli Parlimen sudah divaksin manakala pegawai Parlimen juga boleh divaksin segera selain tiada isu besar dari segi susun atur Parlimen, kedudukan kerusi dan penjarakan fizikal.

“Jika kerajaan bertindak pantas dan efisien, saya kira tempoh munasabah untuk Parlimen kembali bersidang ialah 30 hari dari tarikh Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan,” katanya.


Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, juga berpendapat Parlimen perlu bersidang dalam tempoh darurat.

“Saya mencadangkan Perdana Menteri menetapkan mesyuarat Dewan Rakyat pada akhir bulan Julai, sebelum tarikh asal tamatnya darurat iaitu 1 Ogos ini.

“Sebaik perasmian persidangan, kerajaan perlu mengemukakan usul khusus bagi menilai tahap keyakinan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat supaya setiap pertikaian berkaitan tahap sokongan kerajaan sedia ada dapat dirungkai dengan cepat, dan jelas,” katanya.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berpendapat, Parlimen perlu bersidang lebih pantas daripada tatacara biasa, yang memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum dilaksanakan.

“Kalau tengok pandangan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu berhubung pentingnya mekanisme semak dan imbang, ia bermakna sidang Parlimen tidak boleh dilengahkan lagi.

“Makna secepat mungkin ialah Parlimen bersidang sebelum darurat berakhir, iaitu seawal hujung bulan ini atau sekitar awal bulan depan,” katanya. – BH Online

Kategori