Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mesin ATM Gagal Berfungsi,...

SATU rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) merakam kejadian sebuah mesin juruwang automatik...

BN Johor Desak Teruskan...

PROTES... UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor mendesak kerajaan negeri segera membantah usaha...

Gas Malaysia Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan semakan tarif asas gas...

Saya ‘Straight’ Tau, Sumpah...

PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun...

Suami Uzur Cuba Selamatkan Isteri

KUALA TERENGGANU – Dalam keadaan uzur, Jusoh Muda yang berusia 82 tahun dipercayai gagahi dirinya untuk menyelamatkan isterinya dalam kejadian kebakaran tiga rumah di Kampung Losong Haji Su di sini, hari ini.

Namun keterbatasan pergerakan menyebabkan beliau gagal menyelamatkan isterinya, Fatimah Mohd, 79, yang kemudian ditemui rentung akibat terperangkap dalam rumah papan yang terbakar itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, Jusoh yang melecur kira-kira 30 peratus di bahagian kaki dan belakang badan kini dirawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.39 pagi sebelum 35 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan Jalan Kota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah kayu yang didiami mangsa sudah terbakar hampir 80 peratus sebelum kerja-kerja pemadaman segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian dan kita mengambil masa 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.

“Rumah didiami pasangan ini musnah 100 peratus manakala dua rumah lagi mengalami kerosakan kira-kira lima peratus akibat kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Md Hilman berkata, pihaknya yakin suami mangsa cuba menyelamatkan isterinya berdasarkan kecederaan dialaminya namun faktor usianya menyebabkan dia tidak berupaya mengeluarkan mangsa.

Katanya, mangsa yang melecur dibawa HSNZ untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan sementara mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, berkata bantuan sewajarnya akan diberikan kepada tiga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su.

“Bagi pihak kerajaan negeri, takziah diucapkan kepada mangsa dan kita akan hubungi mereka untuk bantuan daripada segi rumah dan keperluan lain yang diperlukan,” katanya. – BH Online

Kategori