Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PRN Melaka: UMNO Belum...

KUALA NERANG: UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan.

Mahkamah Rayuan Lepas Dan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas...

DRB-HICOM Taja Pakej Umrah...

KUALA LUMPUR - Tiga penyumbang pingat emas negara di Sukan Paralimpik Rio di...

Budak Lelaki Trauma Kemaluan...

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik hitam selepas diperlakukan dengan perbuatan jijik...

Sultan Johor Berangkat Ke Istana Negara

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini.

Keberangkatan Sultan Johor itu dimuat naik dalam akaun rasmi Facebook baginda hari ini. 

Muat naik berkenaan menyatakan, perbincangan khas Majlis Raja-Raja itu akan memperhalusi pandangan yang dikemuka oleh pemimpin parti politik kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sejak 9 Jun lalu. 

Ini mengenai usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya ketika tempoh Darurat.

BH sebelum ini melaporkan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadualkan berlangsung di Istana Negara, petang ini.


Ini selepas 18 ketua parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak minggu lalu.

Sesi menghadap baginda di Istana Negara dimulakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. – BH Online

Kategori