Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perjawatan Anggota Polis Di...

TELUK INTAN – Perjawatan anggota polis untuk ditempatkan di daerah Bagan Datuk akan...

Gambar Bogel Dihentam, Alicia...

SIAPA masih ingat dengan finalis Asia's NextTop Model (ANTM) musim ke-5, Alicia Amin...

Kit Siang Negarawan Melayu?

Alamak!. Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam kata pemimpin utama...

Kaki Judi Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Kaki judi dan penganjur pusat perjudian di Terengganu kini menggunakan...

Tak Boleh Pilih Pengeluar Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan mereka tidak boleh memilih pengeluar atau jenama vaksin tertentu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin tiada jaminan untuk seseorang menerima vaksin vaksin pengeluar tertentu ketika hadir mendapatkan suntikan. 

“Program pemberian vaksin dalam proses penjadualan semula dan anda tidak boleh memilih vaksin tertentu. Tiada jaminan untuk anda dapat Pfizer atau AstraZeneca atau Sinovac.

“Nasihat saya, ambil sahaja vaksin yang diberikan. Jika Sinovac, ambil kerana ia vaksin yang memberi perlindungan tinggi. Vaksin yang bagus,” katanya kepada media selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC, yang mula beroperasi, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah meluluskan vaksin COVID-19 Sinovac untuk kegunaan kecemasan, iaitu vaksin kedua buatan China yang menerima kelulusan itu.

Katanya, AstraZeneca yang sebelum ini diberi secara pilihan sukarela kepada rakyat Malaysia, juga dimasukkan kembali dalam senarai program vaksinasi negara. – BH Online

Kategori