Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bank Tolak Wanita Nak...

SEORANG wanita di China yang terpaksa sewa lori untuk bawa duit syiling kepunyaannya...

‘Nasi Hujan Panas’ Antara...

JAKARTA - "Nasi hujan panas" dan lauk pauk Malaysia adalah antara hidangan istimewa untuk...

Terus Patuh PKP Walaupun...

RAKYAT negara ini dinasihati tidak mengambil kesempatan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan...

Teknologi Yang Bakal ‘Menyerang’...

DENGAN berakhirnya tahun 2015, banyak kemajuan teknologi dapat dilihat pada tahun lepas yang...

Tun Mahathir Tiba Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 2.30 petang telah tiba di Istana Negara.

Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri itu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.58 petang.

Dr Mathahir merupakan wakil pemimpin parti politik ketiga yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Difahamkan Dr Mahathir akan menganjurkan satu sidang akhbar dalam talian sebaik sahaja selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pemimpin parti yang selesai sembah menghadap pada Khamis.


Kenderaan yang membawa pemimpin parti tersebut tidak berhenti dan terus beredar dari Istana Negara.

Media yang masih berkampung di pekarangan pintu 2 Istana Negara terus diingatkan untuk menjaga penjarakan sepanjang liputan berlangsung. – Sinar Harian

Kategori