Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mafia Upah 5,000 Euro...

GENTAR... Sebuah kumpulan mafia di Itali baru-baru ini menawarkan upah wang tunai terhadap...

Jaga Imej & Nama...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengingatkan jemaah haji...

KPJ Guna Pakai Platform...

KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd adalah hospital swasta pertama di Malaysia untuk...

Pengarah Filem, Jamil Sulong...

PETALING JAYA - Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma...

Warga Istana Negara Sembah Tahniah Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR – Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, pada Isnin.

Warga Istana Negara melalui hantaran di Facebook mendoakan Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

Turut didoakan semoga Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta putera-putera, puteri-puteri dan kaum kerabat Seri Paduka Baginda berdua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dilanjutkan usia dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan menangguhkan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu ke satu tarikh yang lain setelah mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan demi melindungi nyawa rakyat ekoran pandemik Covid-19.

Turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda, adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau pada malam Ahad. – BERNAMA

Kategori