Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ini Kongsikan Perangai...

TAK kiralah di mana sahaja kita merantau atau melancong, adab dan tatasusila adalah...

Jemaah Malaysia Wajib Guna...

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi...

China Bangunkan Vaksin COVID-19...

BEIJING : Syarikat farmaseutikal China yang membangunkan vaksin khusus bagi menangani COVID-19 varian...

Arab Saudi Berdepan Cuaca...

DUBAI - Wilayah barat Arab Saudi di Makkah berdepan keadaan cuaca melampau, dengan...

Zahid Pemimpin Parti Politik Kesembilan Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin parti politik kesembilan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire warna perak yang membawa Ahmad Zahid memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua jam 9.55 pagi tadi.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran juga dijangka menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini.

Sesi menghadap Agong bermula Rabu lalu membabitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diberi perkenan menghadap Seri Paduka.

Perbincangan dalam sesi menghadap itu banyak berkisar isu COVID-19, pelaksanaan darurat dan persidangan Parlimen. – BH Online

Kategori