Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Sekat Firefly Pindah...

HALANG... Hasrat Firefly Sdn. Bhd., anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) pindah operasi...

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah,...

Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan...

Kebajikan Masyarakat Siam Tetap...

PASIR MAS - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyampaikan peruntukan berjumlah RM300,000 kepada masyarakat...

Lelaki Cerita Detik Kecurangan...

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui isterinya berlaku curang kepadanya,...

16,840 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,840 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 1,095,486 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya memaklumkan, Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,092 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 2,114 kes Johor (1,104 kes).

Selain itu, Sabah (1,066 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes), Kedah (1,281 kes), Perak (810 kes), Pulau Pinang (689 kes), Kelantan (656 kes), Melaka (581 kes), Pahang (540 kes), Sarawak (450 kes), Terengganu (258 kes dan Putrajaya (100 kes).

Dua negeri merekodkan kes terendah iaitu Labuan sebanyak 7 kes dan Perlis sebanyak 13 kes.

Kes hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam apabila merekodkan 17,170 kes. – myMetro Online

Kategori