Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peminat Hampir Pengsan Terima...

AKTOR kacak Korea Selatan, Lee Min Ho terkenal sebagai seorang artis yang rajin...

Kumpulan ‘Mata Besar’ Pecah...

SEREMBAN - Polis menahan sembilan anggota 'Kumpulan Mata Besar' yang aktif dalam kegiatan...

Myvi ‘Terhuyung-Hayang’ Dihentikan Pemandu...

RAKAMAN video sebuah kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Bukit Jawi Golf Resort,...

Pakatan Diramal Bakal Tumbang...

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yakin negeri tersebut akan...

21.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap 2 Dos Vaksin

KUALA LUMPUR – Sejumlah 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 21.8 peratus mendapat dos penuh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu selari dengan sasaran ditetapkan dan perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Katanya, dengan adanya vaksinasi, ia dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan kes-kes jangkitan yang teruk, sekaligus melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Alhamdulillah semalam, kita berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos.

“Ini menjadikan jumlah individu yang menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya menerusi Facebook, hari ini.


Sejak 12 Julai lalu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan kepada PICK terutamanya kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membantu melancarkan pelaksanaannya. – myMetro Online

Kategori