Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Bebaskan Prof...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini membebaskan bekas timbalan naib canselor...

Amah Lari, Bayi Ditinggalkan...

SEORANG pembantu rumah tergamak meninggalkan bayi lelaki berusia sembilan bulan bersendirian selepas melarikan diri...

Roket Terbesar SpaceX Meletup...

WASHINGTON – Sebuah roket paling besar yang pernah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif...

Sedia Nasihat Agong Isytihar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya...

Adakah Masalah Selesai Jika Diganti Kerajaan Tidak Stabil?

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan sama ada ketidakstabilan kerajaan hari ini akan selesai jika digantikan dengan sebuah lagi kerajaan yang tidak stabil.

Menurut beliau, kerajaan tidak stabil itu bukan sahaja tidak kompeten, malah bukan pilihan majoriti rakyat dan memiliki majoriti tipis yang dibentuk di atas pengkhianatan dan lompat parti.

“Masalah utama negara hari ini adalah mempunyai sebuah kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti.

“Adakah masalah utama negara ini akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti?” soalnya dalam catatan di Facebook hari ini.

Sejak kebelakangan ini, timbul cakap-cakap politik mengenai jajaran baharu antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) setelah dikatakan UMNO berhasrat menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.


Jika ia berlaku, maka akan wujud satu pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan PN di samping Perdana Menteri baharu perlu dilantik untuk mengetuai pentadbiran negara ini.

Namun usaha itu mendapat tentangan beberapa ahli Parlimen UMNO yang mahu bersama-sama Kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Utusan Online

Kategori