Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Luahan Hiba: Aiskrim Pengubat...

HILANG tempat bergantung, hilang tempat bermanja, hilang tempat bercerita. Mungkin itu yang dirasai seorang...

Alahai… Pulau Pinang Sekali...

GEORGE TOWN - Belum pun genap seminggu, Pulau Pinang dilanda lagi banjir kilat...

Barbie Punya Pasal, Sanggup...

SEORANG wanita yang mengaku dirinya adalah `patung manusia’ sanggup belanja RM15,600 semata-mata untuk...

Pendirian Kedah Harus Dipertahan...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari...

Agong Zahir Penghargaan Kepada AS Sumbang Vaksin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan 1 juta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara, hari ini turut menyampaikan ucapan terima kasih Al-Sultan Abdullah kepada Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Brian McFeeters atas sumbangan itu.

“Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi PICK,” titah baginda menerusi laman sosial itu, hari ini.

Selain itu, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba atas pelaksanaan kerjasama antara Malaysia dan AS dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin itu.


Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat di negara ini supaya bersama-sama berdoa agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Semalam, sebanyak 1 juta dos vaksin jenis Pfizer BioNTech sumbangan AS tiba di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 8.10 pagi menerusi penerbangan Raya Airways, sehari selepas negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-245 tahun.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada 80 juta dos dijanjikan oleh Presiden AS, Joe Biden kepada negara maju dan membangun. – BERNAMA

Kategori